Wednesday 28 January 2015

TUGASAN 3

Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet. Sila muat turun Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet, kemudian pindahkan dalam bentuk brosur dan powerpoint. Seterusnya muat naik panduan tersebut ke dalam blog anda.


 GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET


Etika Komputer merupakan bidang yang menjadi panduan untuk penggunaan komputer yang betul dalam usaha menjamin hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian dalam era teknologi maklumat dan komunikasi yang meledak ini.



Dalam usaha menjayakan tugasan ini, garis panduan dan etika penggunaan Internet telah dimuat turun dari enjin pencari maklumat, Google. 




BROSER
Langkah 1: Pada menu Start, pilih kekunci Microsoft Office. Klik pada ikon Microsoft Publisher.




Langkah 2 : Klik pada ikon Brochures di File.

                                   


Langkah 3: Setelah paparan Microsoft Publisher keluar, pilih jenis templat brosur yang sesuai.

        


Langkah 4: Masukkan maklumat dalam templat brosur yang anda pilih tadi. Hiaskan brosur tersebut mengikut kreativiti anda dengan kesesuaian bahan. 

                                 



Langkah 5: Klik pada ikon Save setelah anda selesai menghasilkan dan mengedit brosur tersebut. 



POWERPOINT

Langkah 1: Klik pada ikon Microsoft Powerpoint



Langkah 2: Pilih latar belakang yang sesuai dan menarik dengan klik pada ikon Design.




Langkah 3: Pilih rekaan huruf dan warna yang sesuai dan boleh dilihat dari jauh. Saiz huruf yang jelas dilihat sekurang-kurangnya saiz 22. 




Langkah 4: Jika anda ingin buka slaid baru, anda boleh klik pada ikon Home dan klik pada ikon New Slide.


                           
Langkah 5: Ulang langkah 2 dan langkah 3 sehingga anda selesai memasukkan semua maklumat.









Langkah 6: Klik pada ikon Save setelah semua kerja telah selesai.

TUGASAN MINGGUAN

Tugasan 1
Penggunaan Enjin Carian Bahan Bahasa Melayu
Senaraikan 10 enjin pencari dan muatkan dalam blog anda.


Tugasan 2
Berdasarkan topik mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 yang telah diagihkan, sila cari bahan yang sesuai dan simpan dalam blog anda. Empat jenis bahan boleh dimuat turun iaitu bahan audio, video, teks dan grafik.

Sila simpan bahan dalam bentuk:

i.  Fail internet
ii. Katalog internet


Tugasan 3
Sila muat turun Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet, kemudian pindahkan dalam bentuk brosur dan powerpoint. Seterusnya muat naik panduan tersebut ke dalam blog anda.


Tugasan 4
Internet merupakan pustaka maya yang sangat besar, tiada had dan titik penghujungnya. Guru mesti bijak menggunakan kemudahan ini untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Empat jenis bahan yang boleh digunakan terdiri daripada bahan audio, video, teks dan grafik.

Sila sediakan bahan-bahan yang sesuai untuk pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran Tahun 4 serta topik yang sudah diagihkan. Tugasan merupakan persediaan untuk membuat rancangan pengajaran menggunakan tapak pembelajaran pada minggu hadapan.

i.   10 bahan audio
ii.  10 bahan video
iii. 10 bahan teks
iv. 10 bahan grafik



Tugasan 5
Membina dan  Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


·      Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu 
·      Prosedur pembinaan  laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
·      Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
·      Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.

·      Membina tapak pembelajaran menggunakan teknologi web yang disediakan di sekolah: Frog VLE.




Tugasan 6
Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Membina perpautan dan penyusunan bahan P&P yang dibina dalam Topik 5.



Tugasan 7

Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.


Tugasan 8
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian


Tugasan 9
Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad pengumuman


Tugasan 10
Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Sunday 18 January 2015

TUGASAN 1 

Penggunaan enjin carian bahasa Bahasa Melayu. Senaraikan 10 enjin pencari dan muatkan dalam blog anda.

DEFINISI ENJIAN CARIAN 

1. Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan lama web dan kata kunci atau frasa. Cara enjin carian ini berfungsi apabila anda menaip kata kunci " Bahasa Melayu" pada Google atau Yahoo! 

2. Maka enjin carian akan mencari maklumat berpandukan kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci " Bahasa Melayu" dijumpai, maka semua laman web yang berkaitan dengan kata kunci yang dimasukkan akan dipaparkan.


Contoh-Contoh Enjin Carian

  1. www.google.com

  2. www.msn.com

  3. www.yahoo.com

  4. www.bing.com

  5. www.jobsmalayisa.gov.my

  6. www.hotbot.com

  7. www.about.com

  8. www.dogpile.com

  9. www.ask.com

  10. www.lycos.com
          


KEGUNAAN ENJIN CARIAN DALAM INTERNET DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  1. Dapat membantu dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran guru serta menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih baik dan berkesan.
  2. Guru dapat menyediakan pelbagai program pendidikan secara terus melalui internet, contohnya melayari blogger guru.
  3. Membolehkan pelajar memgembangkan pengalaman dan kebolehan mereka dengan menerokai pembelajaran kendiri secara melayari laman web.
  4. Membolehkan pelajar memperoleh dan mencapai maklumat dengan mudah mengikut tahap dan kebolehan mereka.
  5. Memberikan motivasi dan membolehkan pelbagai gaya pembelajaran berlaku dalam bilik darjah.